Skip to main content

Keningau, 18 November 2024 – Kami dengan rasa bangga ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada dua wakil hebat dari Kolej Geomatika Keningau, Sabah, iaitu Ernita Naim (Timbalan Presiden) dan Noraniqah Syahvena (Bendahari Kehormat), yang telah terpilih untuk menyertai Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.

Program ini berlangsung dari 17 hingga 19 November 2024 bertempat di UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur. Sebagai wakil dari Kelab Gerakan Pengguna Siswa Negeri Sabah, kehadiran mereka bukan sahaja membanggakan Kolej Geomatika Keningau, malah turut membawa aspirasi dan semangat kepenggunaan mahasiswa Sabah ke peringkat kebangsaan.

MPGPS merupakan platform yang penting untuk memperkasakan pengetahuan, kesedaran, dan nilai-nilai kepenggunaan dalam kalangan pelajar di seluruh Malaysia. Melalui penyertaan ini, kami berharap Ernita dan Noranicia dapat menyumbang idea, berkongsi pengalaman, dan membawa pulang ilmu yang bermanfaat untuk dimanfaatkan oleh komuniti kampus serta masyarakat setempat.

Kami percaya usaha ini adalah langkah yang bermakna dalam memperkukuhkan peranan generasi muda sebagai pemacu perubahan, terutama dalam memperjuangkan hak dan kesedaran kepenggunaan.

Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti kepenggunaan dan membawa impak positif kepada masyarakat.

Akhir kata, kami ingin mengucapkan terima kasih atas komitmen dan usaha Ernita dan Noranicia dalam membawa nama Kolej Geomatika Keningau ke pentas kebangsaan.

“Pengguna Pemacu Negara”

Sekian, terima kasih.