Skip to main content

6 November 2024, Rabu – Seramai 40 orang pelajar dari Kolej Geomatika Keningau, bersama dua orang pensyarah iaitu Puan Hazar binti Jason, Pensyarah Kursus Integriti, dan Puan Nur Hidayah binti Jalal, Pensyarah Perladangan, telah mengadakan lawatan akademik ke Sekolah Henry Gurney Keningau. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sistem pendidikan dan program rehabilitasi di institusi tersebut.

Rombongan lawatan telah dibawa oleh YBrs TPP Johari bin Chok Tang, Timbalan Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau, untuk melawat Agro Penjara yang merupakan sebahagian daripada aktiviti pendidikan dan latihan di sekolah berkenaan. Selepas lawatan ke ladang selesai, rombongan diteruskan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh PPP Jamaludin bin Jamil dan Insp Matlan bin Amat di Dewan Kristal Sekolah Henry Gurney Keningau. Taklimat ini memberi pelajar pemahaman lebih mendalam tentang aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah tersebut.

Majlis lawatan berakhir dengan jamuan ringan bersama YDH PKP Sirajuddin bin Abdul Majid, Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau, sebagai tanda penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.