KENINGAU, 11 Februari 2026 – Proses pengundian Pilihanraya Kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2026/2027 di Kolej Geomatika Keningau telah selesai dilaksanakan dengan lancar dan teratur pada hari ini.

Proses pengundian yang melibatkan seluruh warga pelajar berjalan dalam suasana tertib serta penuh semangat demokrasi. Pihak jawatankuasa pelaksana turut memastikan setiap prosedur dipatuhi bagi menjamin ketelusan dan integriti proses pilihanraya kampus.

Pihak pengurusan kolej merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pelajar yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Setiap undi yang diberikan merupakan manifestasi suara mahasiswa dalam mencorakkan hala tuju kepimpinan serta pembangunan kampus bagi sesi akan datang.

Diharapkan barisan kepimpinan yang telah diumumkan mampu memikul amanah dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan komitmen demi kebajikan serta kecemerlangan seluruh warga kolej.