Sebelum 2025 melabuh tirai, Kolej Geomatika Keningau terus cemerlang dengan program komuniti berimpak tinggi! Dari budaya Sabah, latihan industri, hingga pendidikan — semua memberi impak nyata kepada pelajar dan komuniti.

25 Mei 2025 — Kolej Geomatika Keningau meriah dengan penganjuran Hari Terbuka bersama Program Jualan Rahmah Madani Bergerak hasil kerjasama KPDN Sabah, menawarkan barangan keperluan asas pada harga rendah bagi meringankan kos sara hidup penduduk setempat.

Sambutan Hari Kaamatan Geomatika College Keningau (GCK) 2025 berlangsung meriah dari 30 Jun hingga 4 Julai 2025, menampilkan pelbagai acara kebudayaan yang meraikan warisan Sabah serta menjadi platform pelajar menyerlahkan bakat dan jati diri.

10 Ogos 2025 – Kolej Geomatika Keningau, Sabah berbesar hati menyertai Festival Filem Kota Kinabalu ke-16 —satu pengalaman bermakna penuh pembelajaran dan kreativiti untuk para pelajar kami. Terima kasih KKIFF 2025 atas peluang dan inspirasi yang tidak ternilai!

15 Ogos 2025 – Kolej Geomatika Keningau (GCK) merakamkan penghargaan kepada YBrs. Tuan Rafie Robert atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengelola serta pemeteraian MoU bersama Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, bagi memperkukuh kualiti pendidikan dan memajukan industri pelancongan Keningau.

28 Ogos 2025 menyaksikan Majlis Konvokesyen Ke-5 North Borneo University College (NBUC) dan Kolej Geomatika Keningau (GCK) di SICC berlangsung penuh meriah, dengan sorakan, tepukan gemuruh dan senyuman yang menjadikannya satu kenangan bermakna.

6 September 2025 – Aktiviti rekreasi dan khidmat masyarakat di Air Terjun Mahua, Tambunan menyatukan kesedaran alam sekitar, kesihatan mental dan semangat sukarelawan dalam satu pengalaman bermakna bersama warga Kolej Geomatika Keningau.

23 September 2025 – Kolej Geomatika Keningau menyertai Townhall & Simfoni Perpaduan sempena Citra Negaraku 2025. Program ini memupuk semangat perpaduan melalui sesi Townhall dan persembahan simfoni.

23 Oktober 2025 – Kolej Geomatika Keningau menjadi tumpuan dengan penganjuran Program Belia Bersama IKMa & Hari Keusahawanan, hasil kerjasama Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sabah dan Kolej Geomatika Keningau, yang mendapat sambutan hangat daripada belia dan pelajar tempatan.

25 Oktober 2025 — Tourism Fest 2025 berlangsung meriah di Pusat Informasi Pelancongan Keningau, menarik kehadiran masyarakat setempat dan pengunjung luar. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau, YBhg. Encik Rafie Robert, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Forum bertemakan Profesionalisme Pengasuh dalam Era Moden telah diadakan di Event Hall Kolej Geomatika Keningau pada 27 Oktober 2025, menampilkan panel pakar serta sesi interaktif bersama pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

29 Oktober 2025 — Pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Kolej Geomatika Keningau membentangkan Projek Pembangunan Pakej Pelancongan Berasaskan Komuniti Bandukan bersama Persatuan Pelancongan Keningau bagi memperkukuh potensi pelancongan setempat.

2 November 2025 – Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Gunaan (FABAM), Kolej Geomatika Keningau telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Bersama Komuniti Kitou di SK Kitou, Tambunan, melalui pelbagai aktiviti pendidikan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

11 November 2025 – Wakil GPS GCK telah menghadiri Persidangan Siswa Pengguna Muda Negeri Sabah 2025. GCK juga dijemput berkongsi pengalaman pengurusan kelab sebagai Kelab GPS Terbaik Sabah untuk inspirasi kelab lain.

16 November 2025 – Kursus Asas Pengurusan & Promosi Agropelancongan berjaya dianjurkan di Trusmadi Campsite Resort dengan kerjasama Kolej Geomatika Keningau, memberi pendedahan teori dan praktikal kepada peserta sepanjang dua hari.

Games On Keningau Fest 2025 ialah antara festival e-sukan terbesar di Keningau, Sabah anjuran Geomatika College Keningau, berlangsung 22–23 November 2025 di Dewan SMKJ Ken Hwa dengan pertandingan, pameran dan aktiviti digital.





