Atas pencapaian;
1. Checkpoint terbaik & markah tertinggi
2. Team building terbaik
3. Pelajar paling sporting perempuan (Nor Aniqah)
4. Ketiga Kahoot
5. Ketiga keseluruhan aktiviti
Program Pemerkasaan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) telah diadakan di Hidden Paradise Resort bermula 25 hingga 27 Mei 2024 dengan penyertaan seramai 21 pelajar yang mewakili 11 Institusi Pengajian Tinggi di Sabah.
Program ini bertujuan untuk memperkasa ahli GPS dengan pengetahuan, kemahiran dan kesedaran berkenaan hak-hak pengguna sekaligus membantu ahli GPS dalam penyediaan kertas kerja program kepenggunaan serta pelaporan yang lebih teratur dan seragam. Pelbagai aktiviti menarik dan sesi interaktif telah diadakan antaranya Cabaran Intelektual Pengguna (CIP) berbentuk eksplorasi, sesi perkongsian serta kuiz Kahoot untuk memastikan setiap peserta mendapat manfaat sepenuhnya.
Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah KPDN Negeri Sabah iaitu Encik Georgie Abas.