Skip to main content

Tenom, 27 Oktober 2024 – Program Khidmat Masyarakat berteraskan pendidikan dan literasi bagi masyarakat Orang Asal telah berjaya dilaksanakan pada 25 hingga 27 Oktober di Kampung Katubu, Daerah Kecil Kemabong, Tenom. Program ini memfokuskan kepada peningkatan kemahiran asas 3M iaitu Membaca, Menulis, dan Mengira dalam kalangan penduduk kampung.

Program ini dianjurkan oleh pihak Kolej Geomatika Keningau bersama para pelajar semester 5, ini bukan sahaja memberi pendedahan kemahiran 3M tetapi juga menyediakan pendekatan interaktif yang menarik melalui aktiviti permainan dan sukaneka.

Kerjasama erat dengan ketua kampung dan pihak komuniti telah memastikan penglibatan penuh penduduk. Sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung mencerminkan keinginan mereka untuk terus menimba ilmu dan meningkatkan taraf hidup melalui pendidikan.