16 Januari 2026 – Perlawanan persahabatan bola sepak antara Kolej Geomatika Keningau (GCK) dan Institut Pendidikan Dakwah Sabah (IPDAS) telah berlangsung dengan penuh semangat kesukanan dan suasana yang harmoni.

Program ini dianjurkan sebagai platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua institusi di samping memupuk nilai kerjasama, disiplin serta semangat berpasukan dalam kalangan warga institusi. Perlawanan yang berlangsung dalam suasana santai namun kompetitif itu turut menyerlahkan komitmen kedua-dua pasukan dalam mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Selain menjadi medan persaingan sihat, aktiviti ini juga berperanan sebagai medium memperkukuh jaringan kolaborasi strategik antara GCK dan IPDAS pada masa akan datang. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan secara berkala demi melahirkan warga institusi yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.