Keningau, 14 Oktober 2024 (Isnin) – Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, YB Datuk Phoong Jin Zhe(冯晋哲)telah mengadakan lawatan rasmi ke Kolej Geomatika Keningau, Sabah (GCK). Kehadiran beliau disambut mesra oleh seluruh warga kolej.
Tujuan lawatan YB Datuk Menteri ke Tenom dan Keningau adalah untuk meninjau kilang pengeluaran produk serta menyampaikan motivasi kepada para pelajar di Kolej Geomatika Keningau. Dalam lawatan tersebut, beliau menegaskan pentingnya pendidikan dan kemahiran dalam mempersiapkan anak-anak Sabah untuk menghadapi cabaran masa depan.
Sumber: BERITA RTM SABAH
Beliau turut menekankan bahawa kemahiran yang sesuai dengan keperluan industri mampu memacu pertumbuhan ekonomi Sabah dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi generasi muda, tanpa perlu mencari pekerjaan di luar negeri. YB Datuk Menteri juga berharap agar lebih ramai graduan berkualiti dapat dilahirkan oleh GCK.






Dalam ucapan beliau, YB Datuk Phoong menyatakan rasa kagum terhadap program-program yang ditawarkan di GCK, khususnya dalam bidang Diploma Sinematografi, Diploma Animasi, dan Diploma Pelancongan. Beliau turut menyatakan penghargaan kepada pihak kami atas komitmen dalam melahirkan bakat-bakat muda yang berpotensi dalam industri masing-masing.






Pihak GCK turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Datuk Phoong kerana menjadi Menteri Pertama yang melawat institusi kami.