Skip to main content

Keningau, 17 November 2024 – Kolej Geomatika Keningau dengan penuh komitmen telah hadir menyokong Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah Madani, dan Advokasi Kepenggunaan yang dianjurkan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.40 Bingkor dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Program ini berlangsung di Dewan Dato Angian Andulag, Apin-Apin, Keningau, dan berjaya menarik perhatian masyarakat setempat.

Kehadiran Kolej Geomatika Keningau bukan sekadar menyokong program, tetapi turut memainkan peranan penting dalam menyantuni komuniti dengan membawa Agenda Pendidikan ke tengah masyarakat. Pelbagai maklumat berkaitan peluang pendidikan, kemudahan pembelajaran fleksibel, dan program pengajian yang ditawarkan oleh kolej telah dikongsikan kepada pengunjung.

Inisiatif ini mencerminkan dedikasi Kolej Geomatika Keningau dalam mendekatkan institusi pendidikan dengan masyarakat luar bandar. Melalui platform seperti ini, kolej terus berusaha membuka peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk mencapai kejayaan akademik dan profesional.

Program ini dihadiri oleh YB Datuk Robert Tawik @ Nordin, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah, dan YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Aktiviti termasuk cabutan bertuah, penyerahan Bakul Rahmah kepada 100 penerima, sesi walkabout Jualan Rahmah Madani, dan jamuan makan.