Skip to main content

Keningau, 30 Oktober 2024 – Meskipun baru beberapa minggu ditubuhkan, Kelab Kebudayaan Kolej Geomatika Keningau telah berjaya mencipta nama dengan memenuhi undangan persembahan di acara Leo Youth Camp.

Pasukan GCK Dancer tampil memukau dalam persembahan mereka, menunjukkan bakat dan semangat juang yang tinggi dalam mengharumkan nama kolej. Persembahan yang telah berlangsung mendapat pujian daripada para penonton dan penganjur acara.

Terima kasih kepada Puan Kety dan Cik Ardell atas usaha cemerlang mereka. Penghargaan khas juga kepada Encik Lazio dan Encik Miqhail atas sokongan yang luar biasa. diucapkan kepada pasukan GCK Dancer atas pencapaian yang membanggakan!