Keningau, 24 September 2024 (Selasa) – Program Taklimat Pertolongan Cemas dan Choking dalam Kalangan Kanak-Kanak telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Keningau.


Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan penting tentang langkah-langkah pertolongan cemas kepada pelajar Early Childhood Education Geomatika College Keningau.




Terima kasih kepada Sarjan Azlan Siron dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Keningau atas perkongsian ilmu yang sangat berharga ini. Diharapkan ilmu yang diperoleh akan dimanfaatkan dalam menjaga keselamatan dan kesihatan kanak-kanak pada masa akan datang.