Keningau, 6 September 2024 (Jumaat) – Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Sabah bersama-sama dengan Kolej Geomatika Keningau (GCK) telah mengadakan Program Sahabat Hasil pada hari ini. Program ini dianjurkan sebagai usaha untuk menyebarluaskan maklumat dan kesedaran cukai dalam kalangan penuntut IPT di seluruh Malaysia.




Dengan kolaborasi padu yang diberikan ini memperlihatkan kerjasama dan kesepakatan bersama antara pihak HASiL dan IPT khususnya GCK dalam usaha yang berterusan untuk membentuk modal insan dan meningkatkan tahap patriotisma di dalam diri setiap anak muda tentang pentingnya berbakti dengan Negara melalui sistem percukaian.







Antara aktiviti telah berlangsung ialah Senamrobik, Ceramah Pengenalan HASiL & Percukaian, Perlantikan Duta serta Persembahan Sajak dan Nyanyian daripada pelajar. Pihak GCK ingin berterima kasih kepada pihak HASiL kerana memberi maklumat tentang percukaian kepada staff dan pelajar GCK.




