Skip to main content

Keningau, 19 Februari 2025Pihak Hospital Kesihatan Daerah Keningau telah mengadakan program pengambilan slaid darah secara MBS (Melalui Jari Tangan) di Kolej Geomatika Keningau bagi tujuan pengesanan awal penyakit malaria.

Program ini melibatkan semua pelajar dan staf kolej, yang diwajibkan untuk hadir bagi menjalani ujian saringan. Kehadiran mereka turut direkodkan sebagai langkah memastikan semua warga kolej mendapat pemeriksaan kesihatan yang sewajarnya.

Langkah ini diambil bagi menjamin kesihatan komuniti institusi berasrama sentiasa terpelihara serta mengelakkan penularan penyakit malaria. Dengan adanya pengesanan awal, sebarang kes positif dapat dikenal pasti lebih awal dan tindakan susulan dapat diambil segera bagi mengelakkan komplikasi lebih serius.

Pihak Kolej Geomatika Keningau menyambut baik program ini dan menyokong sepenuhnya inisiatif kesihatan awam yang dijalankan oleh pihak Hospital Kesihatan Daerah Keningau. Program sebegini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti kolej sentiasa terjaga.