Skip to main content

Keningau, 6 September 2024 (Jumaat) — Seramai 25 pelajar dari Geomatika TVET College Keningau telah mengambil bahagian dalam Program Kembara Jumpa Orang Muda yang diadakan di Dewan Datuk Ellron, Kg. Biah Tengah. Program ini bertujuan untuk merangsang semangat kepimpinan, kreativiti, dan motivasi dalam kalangan belia di Sabah.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, dan Yang Berhormat Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah. Kehadiran kedua-dua menteri ini menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan dan negeri dalam mendukung pembangunan belia serta program-program pembangunan kemahiran bagi generasi muda.