Skip to main content

Keningau, 7 September 2024 (Sabtu) – Seramai 30 pelajar dari Kolej Geomatika Keningau (GCK) telah menyertai Program Kesedaran Jati Diri Orang Muda (KJOM) yang berlangsung di Dewan Tan Sri Suffian Koroh, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Keningau. Program ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Adam Adli Abdul Halim.


Pelbagai aktiviti turut dijalankan untuk mengasah bakat dan kreativiti pelajar. Salah satu aktiviti yang paling mendapat perhatian adalah Pertandingan Busana Kreatif yang dianjurkan oleh IPG Kampus Keningau. Pelajar-pelajar dari Kolej Geomatika Keningau tidak ketinggalan menyerlah dalam pertandingan tersebut, dengan tiga pelajar berjaya membawa pulang kemenangan dalam pertandingan tersebut.


Kemenangan ini bukan sahaja membanggakan Kolej Geomatika Keningau, tetapi juga menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha dalam mengembangkan potensi diri melalui pelbagai platform kreatif yang disediakan.

Program KJOM yang berlangsung selama satu hari ini berakhir dengan harapan bahawa para pelajar dapat memanfaatkan pengalaman yang mereka perolehi untuk terus maju dalam bidang yang mereka ceburi, serta menjadi pemimpin masa depan yang berwawasan dan berintegriti.