Felda Sahabat, 24 September 2024 (Selasa) – Program Jelajah Pendidikan Geomatika Bersama Komuniti telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.





Program ini berlangsung dengan kerjasama erat dari Majlis Belia FELDA Wilayah Sahabat – Rasmi , yang mana telah membuka ruang kepada golongan belia, terumatanya pelajar SMK Desa Kencana untuk mengetahui tentang program dan aktivti di Kolej Geomatika Keningau.



Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Rosman bin Datu Ahir Zaman @ Abdul Halim, Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Sahabat Sabah, atas kesudian menerima kedatangan kami dan sokongan penuh terhadap inisiatif ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini.