Skip to main content

Keningau, 23 September 2024 (Isnin) – Program Jalinan Mesra telah berjaya diadakan di Dewan Mini Kolej Geomatika Keningau. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak Geomatika dan komuniti Keningau sebagai persediaan menjayakan Program Jelajah Pendidikan Geomatika yang akan diadakan pada bulan Oktober 2024.

Terima kasih kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sabah (JPNIN Zon Pedalaman Atas) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Keningau kerana memberi kerjasama. Kami tidak sabar untuk terus berkolaborasi demi kejayaan pendidikan bersama.