Skip to main content

Keningau, 20 September 2024 (Jumaat) – Program Hari Keluarga telah berjaya diadakan di Kolam Rekreasi Keningau (KRK). Pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan menikmati hari yang penuh dengan aktiviti menarik dan merapatkan hubungan silaturahim sesama rakan serta tenaga pengajar.

Antara aktiviti menarik yang telah mereka pelajari dan alami sepanjang program ini adalah Flying Fox yang memberikan pengalaman mendebarkan, Mendayung Sampan yang mengasyikkan di atas permukaan air, serta pelbagai aktiviti pelancongan lain yang memperkayakan pengetahuan dan pengalaman mereka. Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KRK dalam menjayakan program ini, kerana tanpa usaha dan kerjasama anda, program ini tidak akan berjalan dengan lancar.