Skip to main content

Keningau, 21 Februari 2025Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Geomatika College Keningau Sabah telah menganjurkan program Food Bank Bantuan Makanan Pelajar Siri I bagi membantu pelajar yang memerlukan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebajikan pelajar serta memastikan mereka mendapat sokongan makanan yang mencukupi sepanjang pengajian mereka di kolej.

Majlis pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Faridah Binti Muri, Rektor Kolej Geomatika Keningau, Sabah. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan membantu pelajar yang menghadapi cabaran kewangan agar mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada akademik tanpa perlu bimbang tentang keperluan makanan.

Program ini turut mendapat sokongan daripada Persatuan Pelangi Harapan Sabah, yang telah menyumbangkan bekalan makanan asas bagi membantu kelangsungan hidup pelajar yang terlibat. Bantuan ini diharapkan dapat membantu mengurangkan beban pelajar serta membentuk budaya saling membantu dalam komuniti kolej.

Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak sumbangan dan penyertaan daripada pihak luar bagi memastikan lebih ramai pelajar mendapat manfaat. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan inisiatif ini.