Skip to main content

Keningau, 10 September 2024 (Selasa) – Hospital Kesihatan Daerah Keningau dengan kerjasama Kolej Geomatika Keningau telah berjaya menganjurkan Program Derma Darah Kecemasan bertempat di Event Hall kolej tersebut. Program ini melibatkan penglibatan aktif daripada para staff dan pelajar, yang bertujuan untuk mengumpul bekalan darah bagi membantu pesakit yang memerlukan, terutamanya dalam situasi kecemasan.

Sejak awal pagi, sambutan yang diterima daripada para penderma sangat menggalakkan. Barisan sukarelawan daripada pihak kolej serta kakitangan perubatan dari Hospital Keningau bekerja keras bagi memastikan kelancaran proses pendermaan. Para pelajar yang pertama kali menderma darah turut diberikan penerangan ringkas mengenai kepentingan dan manfaat derma darah, serta prosedur yang perlu diikuti.

Dengan kerjasama dan sokongan yang berterusan daripada semua pihak, diharapkan lebih ramai yang akan tampil untuk menderma darah pada masa akan datang, seterusnya membantu menampung keperluan darah di hospital dan menyelamatkan nyawa.