4 Februari 2026 – Program Derma Darah anjuran bersama Hospital Keningau dan Kolej Geomatika Keningau telah berjaya dilaksanakan padabertempat di Event Hall Kolej Geomatika Keningau.
Program yang berlangsung dengan lancar ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada warga kolej serta masyarakat setempat. Kehadiran para penderma bukan sahaja menunjukkan komitmen tinggi terhadap usaha membantu pesakit yang memerlukan, malah mencerminkan semangat keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang kukuh dalam kalangan komuniti.





Inisiatif ini turut menyumbang kepada penambahan bekalan darah di Hospital Keningau, sekali gus membantu memastikan keperluan darah sentiasa mencukupi bagi kegunaan kes-kes kecemasan dan rawatan pesakit. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penderma dan sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan program ini.





