Keningau, 5 September 2024 (Khamis) – Program Bicara yang penuh manfaat telah dianjurkan bersama Encik Daniel Roman, Pengurus Bahagian Produk dari Sabah Tourism Board . Program ini melibatkan pelajar Diploma Pelancongan, memberikan mereka peluang untuk mendengar langsung daripada pakar industri pelancongan di Sabah.



Beliau menjelaskan bagaimana Sabah berkembang menjadi destinasi pelancongan utama bukan sahaja di peringkat nasional, tetapi juga di peringkat global. Pelbagai projek pembangunan sudah dijalankan untuk memajukan lagi sektor pelancongan Sabah. Ini termasuk peningkatan kemudahan pelancongan di kawasan luar bandar.




Program ini jelas memberikan impak besar kepada pelajar, di mana mereka bukan sahaja mendapat gambaran tentang industri pelancongan yang sedang berkembang pesat, tetapi juga dorongan untuk terlibat secara aktif dalam memajukan sektor ini pada masa hadapan.