Skip to main content

Keningau, 2 September 2024 (Isnin) – Program Bicara Alumni telah berlangsung dengan jayanya di Makmal Komputer Kolej Geomatika Keningau, Sabah. Acara ini dianjurkan dengan tujuan memberikan inspirasi dan semangat kepada para pelajar melalui perkongsian pengalaman daripada alumni yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

Program ini dihadiri oleh dua pelajar alumni daripada Fakulti Meta Teknologi, Fendynaslo Johani dan Mohamad Daniel bin Kipli, yang telah menyampaikan kata-kata semangat serta berkongsi pengalaman mereka setelah menamatkan pengajian di Kolej Geomatika Keningau, Sabah. Mereka berdua tidak hanya berkongsi cerita tentang cabaran yang dihadapi semasa belajar, tetapi juga bagaimana usaha dan kesungguhan akhirnya membuahkan kejayaan.

Program Bicara Alumni ini berakhir dengan sesi soal jawab yang interaktif, di mana pelajar berpeluang bertanya kepada alumni mengenai pelbagai perkara yang berkaitan dengan pembelajaran dan persediaan untuk masa hadapan. Agar diharapkan para pelajar dapat menyuntik motivasi dalam usaha mereka mencapai impian masing-masing.