Skip to main content

Keningau, 20 Januari 2025 – Jabatan HEATI telah menganjurkan program “Knowledge Sharing: Innovative Education by CoPaCE UGM” yang berlangsung di Event Hall, Kolej Geomatika Keningau. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan pendekatan inovatif dalam pendidikan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di institusi ini.

Program ini menampilkan penceramah jemputan, PM Nurul Nadia binti Mohammad Shariff daripada Universiti Geomatika Malaysia, yang berkongsi pelbagai kaedah inovatif dalam dunia pendidikan. Beliau menekankan kepentingan pendekatan pengajaran yang kreatif dan berkesan bagi memastikan pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan bermakna.

Sepanjang sesi perkongsian, para peserta yang terdiri daripada staf akademik dan pensyarah Kolej Geomatika Keningau didedahkan kepada Micro-credentials, APEL dan Blended Learning. Program ini juga membuka ruang perbincangan interaktif yang membolehkan peserta bertukar pandangan dan idea bagi meningkatkan keberkesanan sistem pendidikan kolej.

Diharapkan perkongsian ilmu ini akan terus memberikan impak positif kepada para pendidik serta menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dalam sistem pendidikan Kolej Geomatika Keningau.