Keningau, 28 Februari 2025 – Kolej Geomatika Keningau, Sabah telah menganjurkan sesi Meet and Greet Mentor-Mentee bagi sesi 2025/2026 bertempat di Dewan Mini. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Kebajikan untuk memperkukuh hubungan antara pensyarah sebagai mentor dan pelajar sebagai mentee dalam usaha meningkatkan bimbingan akademik dan pembangunan sahsiah.




Program ini mendapat sambutan hangat daripada pelajar yang teruja untuk mengenali mentor masing-masing. Sesi ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi bimbingan akademik, tetapi juga sebagai platform bagi mentor membantu mentee dalam aspek motivasi, pengurusan masa, serta kesejahteraan mental dan emosi sepanjang sesi pengajian.




Menurut pihak penganjur, program ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam mencapai kecemerlangan akademik serta meningkatkan kesejahteraan mereka sepanjang tempoh pengajian di kolej. Keakraban antara mentor dan mentee juga diyakini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan menyeronokkan.



Diharapkan sesi ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan pelajar mendapat sokongan akademik dan moral yang berterusan sepanjang perjalanan mereka di Kolej Geomatika Keningau.