Skip to main content

Keningau, 18 September 2024 (Rabu) – Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilancarkan di bawah Program Penghijauan Malaysia merupakan salah satu inisiatif utama dalam usaha memastikan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat dapat terus dipertingkatkan. Program ini bukan sahaja bertujuan menghijaukan negara, malah turut memperkukuhkan ekosistem serta memelihara biodiversiti yang amat bernilai bagi kelangsungan alam semula jadi.

Antara objektif utama program ini ialah untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat melalui penanaman pokok, di samping menambahbaik ekosistem dan memelihara biodiversiti. Program ini juga bertujuan memupuk rasa cinta terhadap alam semula jadi dengan melibatkan penanaman pelbagai jenis pokok yang sesuai dengan persekitaran tempatan. Melalui penglibatan segenap lapisan masyarakat, kempen ini menyokong komitmen negara dalam usaha mengekalkan litupan hijau dan kawasan berhutan demi masa depan yang lebih lestari dan seimbang.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini, khususnya kepada Tuan Jaime Gampawi, Pegawai Perhutanan Wilayah (PPW) Keningau, yang sentiasa berusaha memastikan kelangsungan program ini di peringkat tempatan.