Skip to main content

Tenom, 30 Oktober 2024 – Satu perbincangan mengenai hala tuju pelajar-pelajar Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Tenom telah diadakan dengan matlamat memajukan agenda pendidikan, khususnya dalam bidang perladangan di Sabah. Perbincangan ini memfokuskan kepada program Diploma Perladangan yang disediakan di pusat tersebut serta peranan rakan strategik dalam memperkasakan latihan dan pendidikan pelajar.

Turut hadir adalah wakil-wakil dari institusi dan industri yang komited untuk mewujudkan peluang kerjasama jangka panjang demi memantapkan kemahiran pelajar dan meningkatkan potensi tenaga kerja dalam sektor perladangan di negeri ini.