Felda Sahabat, 10 September 2024 (Selasa) – Kolej Geomatika Keningau telah mengadakan perbincangan penting bersama Setiausaha Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Sahabat dan Kaunselor SMK Desa Kencana dalam usaha memperkukuh kerjasama antara institusi pendidikan dan komuniti setempat. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Program Jelajah Pendidikan Geomatika yang dirancang diadakan bersama-sama komuniti Felda Sahabat, Lahad Datu.




Hasil perbincangan antara pihak Kolej Geomatika, Majlis Belia Felda, dan SMK Desa Kencana ini diharapkan dapat membuka peluang lebih besar untuk program pendidikan yang bermanfaat di masa hadapan. Dengan sokongan penuh daripada kedua-dua belah pihak, Program Jelajah Pendidikan Geomatika diharapkan mampu mencipta impak positif kepada pembangunan belia dan komuniti di Felda Sahabat.