Keningau, 17 Februari 2025 – Jualan sayur segar anjuran pelajar Diploma Pengurusan Perladangan (DPM), Kolej Geomatika Keningau mendapat sambutan hangat. Sayur bayam dan pakchoy yang dijual pada harga RM5 bagi setiap 500 gram habis terjual dalam masa singkat, membuktikan permintaan tinggi terhadap produk segar tempatan.





Salah satu faktor utama kejayaan jualan ini adalah promosi istimewa termasuk penghantaran percuma (COD) yang menarik perhatian pembeli. Inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang perladangan, tetapi juga menjadi sebahagian daripada penilaian ujian praktikal mereka.




Pelajar DPM Semester 5 yang terlibat dalam aktiviti ini melahirkan rasa gembira atas sokongan yang diterima dan berharap dapat meneruskan usaha ini pada masa akan datang. Program ini juga membantu meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar serta memberi pengalaman berharga dalam pengurusan perniagaan agro.

Diharapkan aktiviti sebegini dapat diteruskan secara berkala bagi memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar serta komuniti setempat yang menyokong produk pertanian tempatan.