Keningau, 28 Februari 2025 – Pencarian bakat bagi pemilihan pengacara majlis (emcee) dan penari kumpulan telah berlangsung dengan penuh semangat di Mini Hall, Kolej Geomatika Keningau (GCK). Program ini dianjurkan oleh Fakulti Perniagaan dan Pengurusan Gunaan bagi mencari bakat baharu untuk mengemudikan acara rasmi fakulti serta mempersembahkan tarian tradisional Melayu.


Pencarian ini mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar yang hadir untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang pengacaraan dan seni tari. Para peserta bukan sahaja dinilai berdasarkan suara dan penyampaian mereka sebagai emcee, tetapi juga kreativiti serta ekspresi dalam mempersembahkan tarian kumpulan.

Menurut penganjur, pencarian bakat ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat mereka tetapi juga membantu dalam membentuk keyakinan diri dan meningkatkan pengalaman mereka dalam bidang pengacaraan serta seni tari. Program seperti ini penting dalam melahirkan pelajar yang lebih berani, berbakat, dan bersedia untuk berhadapan dengan audiens dalam pelbagai acara rasmi kolej.
Diharapkan pencarian bakat ini dapat menjadi platform untuk mencungkil potensi terpendam dalam kalangan pelajar, sekaligus memberi mereka peluang untuk terus berkembang dalam dunia seni dan komunikasi.