Tambunan, 24 Mac 2025 – Seramai 13 orang pelajar Diploma Pengurusan Perladangan Semester 5, Kolej Geomatika Keningau, telah menjalani Ujian Praktikal PRI 430 Rubber Industry di Ladang Getah, Tambunan. Ujian ini bertujuan menilai kemahiran teknikal dalam torehan getah serta menggalakkan amalan torehan yang mampan.




Diketuai oleh pensyarah, Cik Eva Jacqueline Steven, dan seorang pemandu, Encik Calvin, rombongan bertolak dari kolej pada jam 7.30 pagi dan kembali pada 1.00 petang. Sesi dimulakan dengan demonstrasi torehan oleh Puan Elizabeth Emin, seorang petani getah berpengalaman, sebelum pelajar dinilai berdasarkan empat kriteria utama: sudut torehan, kedalaman torehan, konsistensi, dan kecekapan keseluruhan.



Selain torehan, pelajar turut didedahkan kepada proses mencuka getah menggunakan asid formik, memberi mereka pemahaman mendalam tentang pemprosesan getah sebelum dihantar ke kilang. Pengalaman ini diharap dapat melahirkan tenaga kerja mahir yang bersedia menghadapi cabaran industri getah di masa hadapan.
