Skip to main content

Keningau, 27 Julai 2024 – Kolej Geomatika Keningau, Sabah telah menyertai Program Jiwa Komuniti Madani Kampung Biah yang telah dijalankan di Dewan Datuk Ellron Angin, Kg. Biah, Keningau. Antara aktiviti yang disertai GCK adalah Bola Tampar, Fun Run, dan Pameran Booth.

Program ini dirasmi oleh YB Datuk Ellron Angin, selaku Menteri Belia dan Sukan Sabah  Merangkap ADUN N.45 Sook, diikuti oleh YBrs. Encik Peter Jonu Moinjil, Pegawai Daerah Keningau, YBrs. Puan Caroline Benjamin Jiungan, Penolong Pegawai Pejabat Daerah Kecil Sook, YBrs. Puan Jainisah binti Mohd Noor, Pengarah Jabatan Penerangan Sabah.