Skip to main content

Keningau, 11 Mac 2025 – Satu lawatan pendidikan telah diadakan bersama Guru Kaunselor SMK Gunsanad Keningau bagi membincangkan pelbagai inisiatif akademik dan kerjasama pendidikan.

Antara agenda utama ialah pemberitahuan tentang kursus jangka masa pendek berkaitan persediaan ke universiti yang dapat membantu pelajar memahami keperluan dan cabaran dunia pendidikan tinggi. Selain itu, jalinan kerjasama antara SMK Gunsanad dan Kolej Geomatika Keningau, Sabah (GCK) turut dibincangkan, khususnya dalam pelaksanaan program sekolah yang melibatkan kedua-dua institusi.

Turut dibincangkan ialah perancangan lawatan guru dan pelajar Tingkatan 5 SMK Gunsanad ke GGCK pada April atau Mei 2025, yang dijangka memberi pendedahan lebih mendalam kepada pelajar mengenai peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang berkaitan.