Skip to main content

Keningau, 14 Januari 2025 – Kolej Geomatika Keningau dengan bangganya menerima kunjungan pendidikan korporat daripada Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Zon Pedalaman Atas. Lawatan ini menjadi platform kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan agensi kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan serta integrasi nasional.

Sesi ini membuka peluang kepada warga kerja JPNIN untuk mengenali pendekatan pembelajaran teradun yang fleksibel dan inovatif yang ditawarkan oleh Kolej Geomatika Keningau. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memperkukuh kerjasama antara GCK dan JPNIN dalam meningkatkan kesedaran kakitangan JPNIN mengenai peluang melanjutkan pelajaran, serta menginspirasi individu bekerja untuk terus meningkatkan kelayakan akademik mereka melalui pendidikan sepanjang hayat.

Lawatan ini membuktikan peranan penting pendidikan dalam menyokong usaha perpaduan dan pembangunan negara. Kolej Geomatika Keningau akan terus menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat. Terima kasih kepada JPNIN Zon Pedalaman Atas atas kunjungan bermakna ini!