Keningau, 15 November 2024 – Kolej Geomatika Keningau (GCK) berjaya mengadakan dua lawatan korporat penting bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tambunan dan Kolej Komuniti Tambunan. Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dalam memperjuangkan Agenda Pendidikan yang lebih progresif.
Dalam sesi bersama PPD Tambunan, perbincangan difokuskan kepada laluan pendidikan untuk pelajar lepasan sekolah. Usaha seperti kempen kesedaran pendidikan tinggi dan penyelarasan kurikulum turut dirancang bagi memastikan pelajar lebih bersedia memilih masa depan akademik.

Lawatan bersama Kolej Komuniti Tambunan pula menekankan kolaborasi dalam pendidikan teknikal dan vokasional. Perbincangan melibatkan program berkembar, pertukaran tenaga pengajar, dan bengkel latihan untuk melahirkan graduan berkemahiran tinggi.

Kolej Geomatika Keningau mengucapkan terima kasih kepada PPD Tambunan dan Kolej Komuniti Tambunan atas sokongan. Kerjasama ini diharap membawa perubahan positif dalam landskap pendidikan di Sabah.