Keningau, 19 Mac 2025 – Kolej Geomatika Keningau ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB. Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN N40 Bingkor, atas sumbangan dana yang diberikan kepada Al Miqhail Bin Abdul Manap, Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar HEP Kolej Geomatika Keningau. Sumbangan ini disampaikan oleh En. Garrett Patrick, yang merupakan kakitangan Pejabat UPPM N.40 Bingkor.

En. Garrett Patrick mewakili YB. Datuk Robert Tawik telah menyerahkan sumbangan dana kewangan tersebut kepada Encik Miqhail. Sumbangan ini akan digunakan untuk menyokong pelaksanaan Program Perkemahan Pembangunan Diri & Kepimpinan yang akan diadakan pada bulan Mei ini. Program ini bertujuan untuk memperkembangkan kemahiran kepimpinan dan pembangunan diri di kalangan pelajar, serta memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan potensi diri mereka.
Encik Miqhail mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB. Datuk Robert Tawik atas sumbangan yang diberikan. Beliau juga menyatakan bahawa sumbangan ini akan sangat membantu dalam menjayakan program tersebut dan memberi manfaat yang besar kepada para pelajar Kolej Geomatika Keningau.
Kolej Geomatika Keningau berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan, dan segala sumbangan yang diberikan akan digunakan sebaik mungkin untuk memajukan lagi usaha dalam membangunkan kepimpinan dan kemahiran diri para pelajar. Terima kasih sekali lagi kepada YB. Datuk Robert Tawik dan pihak yang terlibat dalam menjayakan sumbangan ini.
Sumber: https://web.facebook.com/share/p/1A4PqS9id2/