Skip to main content

Keningau, 17 Februari 2025Keputusan rasmi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Geomatika Keningau bagi sesi 2025/2026 telah diumumkan. Pemilihan yang dijalankan secara telus dan berintegriti ini menyaksikan semua keputusan adalah berdasarkan undian 100% daripada para pelajar kolej.

Majlis Perwakilan Pelajar memainkan peranan penting sebagai perantara antara pelajar dan pihak pengurusan kolej. Dengan barisan kepimpinan baharu yang terpilih, diharapkan MPP sesi ini dapat meneruskan agenda memperjuangkan kebajikan serta memperkasa kepimpinan mahasiswa.

Maklumat lanjut mengenai majlis pelantikan rasmi dan sesi taklimat akan disampaikan dalam masa terdekat. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang, dan jutaan terima kasih kepada semua calon yang telah bertanding serta menyumbang kepada proses demokrasi kampus ini.

“BANGKITLAH MAHASISWA PENERAJU NAFAS BAHARU”

Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah:
https://www.facebook.com/share/p/1A3TXZH3tC/