Skip to main content

Keningau, 18 Oktober 2024 – Kolej Geomatika Keningau telah menganjurkan satu program pengkongsian yang bertajuk “Kelapa Sawit: Masa Depan Pertanian Berdaya Maju” bertempat di Event Hall kolej tersebut. Program ini dihadiri oleh para pelajar Diploma Pengurusan Perladangan dan menampilkan Jason Wong Kok Ming, Pegawai dari Keningau Nature Farm, sebagai penceramah jemputan.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mendalam mengenai potensi kelapa sawit dalam industri pertanian serta kepentingan amalan lestari dalam sektor ini. Encik Jason Wong berkongsi pengalaman dan pandangannya mengenai cabaran dan peluang yang ada dalam industri kelapa sawit, termasuk teknologi terkini yang dapat membantu memajukan sektor ini serta mengurangkan kesan alam sekitar.

Para pelajar yang hadir memberikan respons yang positif, menyatakan bahawa program ini memberi mereka perspektif baru dan inspirasi untuk menjadi sebahagian daripada industri kelapa sawit yang berdaya maju dan mampan.

Program pengkongsian seperti ini bukan sahaja melengkapkan pengetahuan akademik para pelajar tetapi juga memberi mereka pemahaman praktikal mengenai cabaran sebenar yang dihadapi dalam industri.