Skip to main content

Keningau, 24 Januari 2025Hari Mesra Pelanggan Kolej Geomatika Keningau telah berlangsung dengan penuh meriah di Event Hall Kolej Geomatika Keningau. Program ini berfungsi sebagai platform utama untuk Reach (bertemu pelanggan), Read (menyampaikan maklumat), dan Relate (mengenal pasti keperluan pelanggan) dalam usaha meningkatkan hubungan antara pihak kolej dan masyarakat.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini, termasuk taklimat pendidikan, pameran kursus, serta sesi interaktif bersama tenaga pengajar dan pelajar kolej. Para pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai pelbagai program pengajian, syarat kemasukan, serta prospek kerjaya yang ditawarkan oleh Kolej Geomatika Keningau.