Keningau, 22 Oktober 2024 – Satu ceramah kesedaran mengenai autism telah diadakan oleh Puan Winnie Jalius, seorang Jurupulih Perubatan Cara Kerja, khusus untuk pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak semester 3 dan 4.





Program ini turut disertai oleh staf dari Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Keningau. Ceramah ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman para pelajar mengenai autism serta cara pengendalian dan sokongan yang efektif kepada kanak-kanak autistik.
