Keningau, 11 Disember 2024 – Geomatika TVET College Keningau telah melakar satu lagi kejayaan dengan penganjuran program CEO Talk bertemakan “Future TVET & Employability”. Program ini telah menampilkan Prof Datuk Sr Dr Mohaizi Mohamad, FRISM, Presiden Kumpulan Pendidikan Geomatika, sebagai penceramah utama.


Sesi ini bertujuan untuk memperluaskan pemahaman pelajar dan peserta mengenai peranan besar TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) dalam menyediakan peluang kerjaya yang cerah di masa hadapan. Dengan pengalaman luas dan kepakaran dalam bidang pendidikan, Prof Datuk Sr Dr Mohaizi berkongsi pandangan yang bernas dan strategi untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET.




Dalam sesi yang penuh inspirasi ini, beliau menekankan bahawa TVET bukan sahaja menyediakan kemahiran teknikal tetapi juga membentuk pelajar dengan kompetensi industri yang relevan. “Graduan TVET perlu melengkapkan diri dengan sikap proaktif, inovatif, dan berkemahiran tinggi agar mampu bersaing dalam pasaran kerja global,” ujar beliau.
Program ini turut menjadi platform interaksi antara pelajar, pendidik, dan pemimpin industri untuk bertukar pandangan mengenai cabaran dan peluang dalam dunia pekerjaan masa kini. Prof Datuk Sr Dr Mohaizi juga memberi cadangan praktikal kepada pelajar tentang bagaimana mereka boleh menonjolkan diri di mata majikan, termasuk meningkatkan nilai tambah melalui kursus-kursus tambahan dan pendedahan pengalaman praktikal.


Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menjayakan program ini. Dengan semangat dan ilmu yang diperoleh daripada sesi ini, diharapkan para pelajar mampu merangka langkah untuk mencapai kejayaan dan merealisasikan potensi penuh mereka.

Geomatika TVET College Keningau komited dalam melahirkan graduan yang cemerlang, bersedia untuk cabaran masa depan, dan relevan dengan keperluan industri.