Skip to main content

Keningau, 11 September 2024 (Rabu) – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah telah menganjurkan satu Bengkel Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk Peringkat Tabika Perpaduan Daerah Keningau di Event Hall, Kolej Geomatika Keningau. Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa pendidik dalam penggunaan teknologi sebagai alat bantu mengajar di peringkat prasekolah.

Penceramah jemputan, Cik Nurul Afifi binti Jasmie, Pensyarah Fakulti Teknologi Meta di Kolej Geomatika Keningau, telah memberikan input berharga kepada peserta tentang bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dengan pengalaman dan pengetahuannya dalam teknologi pendidikan, beliau mengetengahkan pelbagai platform serta aplikasi yang sesuai digunakan di peringkat awal kanak-kanak, selain memberi panduan praktikal tentang cara mengintegrasikan alat digital dalam kelas.