Keningau, 17 Februari 2025 – Pelajar Semester 4 Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Kolej Geomatika Keningau telah mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti sukaneka bersama golongan berkeperluan khas dalam usaha memupuk kefahaman dan sokongan terhadap pendidikan inklusif.




Acara yang berlangsung di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Keningau ini disertai oleh kanak-kanak berkeperluan khas, pelajar, serta tenaga pengajar. Pelbagai aktiviti sukan dan permainan interaktif telah dijalankan, bertujuan untuk menggalakkan penyertaan aktif serta membina keyakinan diri dalam kalangan peserta.





Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam keperluan pendidikan inklusif, tetapi juga memberikan pengalaman berharga dalam membentuk keperibadian yang lebih empati dan prihatin terhadap masyarakat. Interaksi antara pelajar dan peserta dari PDK Keningau telah mencipta suasana mesra dan penuh keceriaan.
Penganjuran program ini sejajar dengan komitmen Kolej Geomatika Keningau dalam melahirkan tenaga pendidik yang berilmu, prihatin, dan bersedia menyokong pendidikan untuk semua lapisan masyarakat. Diharapkan lebih banyak program seperti ini dapat dianjurkan bagi memperkasakan kesedaran tentang kepentingan pendidikan inklusif.
