Keningau, 7 November 2025 – Pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah melaksanakan sesi pantauan bagi tujuan pentauliahan penambahan program serta verifikasi peralihan program di Kolej Geomatika Keningau. Pantauan melibatkan Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK) kepada Code of Practice for TVET Programme Accreditation (COPTPA) bagi program SKM Perkhidmatan Estetik dan SKM Setiausaha Korporat Eksekutif.


Sesi pantauan ini memberi tumpuan kepada penyediaan fasiliti, kualiti pengajaran, penyelarasan kurikulum serta pematuhan garis panduan JPK. Hasil pemantauan akan digunakan sebagai asas pengukuhan pelaksanaan program agar kekal relevan dengan keperluan industri semasa. Kolej Geomatika Keningau terus komited untuk menawarkan program kemahiran yang berkualiti dan berdaya saing.





