31 Ogos 2025 – Terima Kasih Kepada North Borneo Esports Atas Jemputan Untuk Memeriahkan FAMA E-Games Tournament @ FAMA Fest 2025




Kami ingin mengucapkan syabas kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan tinggi, sekaligus menjadikan acara ini lebih bermakna untuk komuniti e-sukan tempatan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada FAMA Sabah atas sokongan padu mereka, serta kepada Kelab Sukan GCK yang telah bekerjasama untuk menjayakan pertandingan Mobile Legends Bang Bang.
Kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang kejohanan, dan terima kasih kerana terus mengangkat semangat e-sukan di Keningau. Acara seperti ini pastinya mengukuhkan komuniti dan memberi peluang kepada pemain tempatan bersinar di arena digital.
Teruskan Bersama Kami Untuk Lebih Banyak Acara E-Sukan Menarik di Masa Hadapan!



