Keningau, 26 Februari 2026 – Kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Kolej Geomatika Keningau telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Daerah Keningau bagi memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara mahasiswa dan pihak kementerian.
Sesi ini menjadi platform perbincangan berkaitan isu kepenggunaan, advokasi pengguna serta peranan mahasiswa sebagai ejen pengguna bijak khususnya di kawasan pedalaman atas. Turut diadakan tayangan video kompilasi program GPS (2022–2025) sebagai perkongsian pencapaian dan impak kepada komuniti.



Kunjungan ini diharapkan membuka ruang kolaborasi berterusan dalam pelaksanaan lebih banyak program kepenggunaan pada masa akan datang, selaras dengan aspirasi melahirkan mahasiswa berpengetahuan, berintegriti dan cakna terhadap hak serta tanggungjawab sebagai pengguna.
“Pengguna Pemacu Negara.”






