Skip to main content

23 November 2025 – Kelab Esports Kolej Geomatika Keningau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, pengunjung, cosplayer serta komuniti gaming Sabah yang telah memeriahkan GAMES-ON KENINGAU FEST 2025.

Penghargaan khas turut diberikan kepada rakan-rakan kerjasama, House Of Otaku, North Borneo Esports & Comeback Esport, yang bersama menjayakan penganjuran ini, serta kepada dua hos utama – Pak Ji Ro dan Nora Herins, dan caster Xempai Gaming atas profesionalisme serta komitmen tinggi sepanjang acara.

Geomatika College Keningau amat berbesar hati dengan sokongan padu daripada semua pihak dan komited untuk terus memperkukuh pembangunan komuniti e-sukan di Keningau dan Sabah secara keseluruhan.

Terima kasih kerana menjadikan #GamesOnKeningauFest satu memori luar biasa untuk komuniti belia & gamers Keningau!

Jumpa lagi di event seterusnya!