16 November 2025 – Kursus Asas Pengurusan dan Promosi Agropelancongan berjaya diadakan di Trusmadi Campsite Resort (TCR) dengan kerjasama Kolej Geomatika Keningau. Kursus ini berlangsung selama dua hari, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, memberi peluang kepada peserta mempelajari teknik asas pengurusan serta strategi promosi dalam sektor agropelancongan melalui sesi teori dan praktikal.







