Skip to main content

Kota Kinabalu, 11 November 2025 – Persidangan Siswa Pengguna Muda Negeri Sabah 2025 (GPS NEXTGEN) telah berlangsung pada 10–11 November 2025 bertempat di Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah. Program ini menghimpunkan wakil kelab Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dari seluruh Sabah bagi memperkukuh kesedaran dan peranan siswa dalam isu kepenggunaan.

AMT GPS GCK telah menghadiri persidangan ini dan turut dijemput berkongsi pengalaman mengenai pengurusan kelab, selaras dengan pencapaian GPS GCK sebagai Kelab GPS Terbaik di Sabah. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu kelab GPS lain di IPTA dan IPTS Sabah untuk terus membangun dan bersama-sama memperjuangkan hak pengguna.