KENINGAU, 23 Januari 2026 – Program Usrah Santai PERMAIS telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Geomatika Keningau dalam suasana yang harmoni dan penuh pengisian bermakna.
Program ini memberi penekanan kepada perkongsian ilmu asas agama serta pelaksanaan Bengkel Al-Fatihah yang bertujuan memperkukuh bacaan dan kefahaman peserta terhadap surah tersebut. Pendekatan santai yang diketengahkan berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih terbuka, interaktif dan mudah difahami.

Penganjuran program ini diharap menjadi langkah kecil namun signifikan dalam membentuk sahsiah dan memperkukuh jati diri warga kampus ke arah perubahan yang lebih baik pada masa hadapan.





